Set Bersalin Spa & Ma Set Bersalin Spa & Ma keluaran Beauty Garden membantu kaum ibu mendapatkan rawatan yang mudah dan.. Product #: Set Bersalin Spa & Ma based on 0 reviews Regular price: $320.00 $320.00 In Stock

Set Bersalin Spa & Ma

Availability: In Stock

Price: RM320

- +

SET BERSALIN SPA & MA

 

Apa itu set bersalin spa dan Ma?

Set Bersalin Spa & Ma keluaran Beauty Garden membantu kaum ibu mendapatkan rawatan yang mudah dan ringkas sepanjang tempoh berpantang. Selain bertindak mengembalikan tenaga dan tahap kesihatan yang optima, Set Bersalin Spa & Ma juga membantu memudahkan kaum ibu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal yang dialami selepas melahirkan cahaya mata. Set bersalin ini mempunyai kelebihan dari segi penggunaan yang ringkas, bau yang wangi seperti rawatan spa dan merupakan set berpantang yang paling lengkap untuk digunakan.

Kandungan Set Bersalin Spa & Ma

Feminine Cleanser (100ml)

Extra Virgin Coconut Oil (130ml)

Shape-Up Lotion (150ml)

Lulur Frangipani (250g)

Herba Mandian Spa (10 sachet)

Gamat Emulsion (245ml)

Minyak Seri Herba (50ml)

Jamu Ratu Dara (60 biji)

Tungku Herba (200g)

Pilis Herba (50g)

Bengkung Ratu (Free Size)

Buku Panduan Spa & Ma

Kebaikan Set Bersalin Spa & Ma

  • Mengembalikan tenaga ibu dalam pantang
  • Mempercepatkan pemulihan
  • Memelihara dan mengecutkan semula bahagian rahim
  • Menguatkan otot yang lemah akibat hamil dan bersalin
  • Mengatasi masalah angin dalam badan
  • Mengurangkan kesan regangan dan selulit
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk tubuh yang ideal
  • Membantu menyingkirkan toksin dan darah kotor
  • Menghilangkan sengal tulang, kebas dan bisa pada tubuh badan
  • Meredakan ketegangan otot dan urat
  • Membantu memelihara saluran peranakan
  • Memelihara kehalusan dan kecantikan kulit
  • Menghangatkan dan menyegarkan tubuh badan ibu
  • Melindungi tubuh badan daripada jangkitan kuman dan penyakit

Kandungan Set Bersalin Spa & Ma

Feminine Cleanser

  • Manjakani: Manjakani yang bersifat astringen ini mampu mengecutkan tisu tubuh seterusnya dapat membantu menguatkan otot rahim selepas bersalin. Malah, ia juga diyakini berkesan untuk membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita di samping membantu mengetatkan otot faraj serta mengatasi masalah keputihan dan angin dalam badan.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan kesan parut, meningkatkan kelembapan kulit dan mengetatkan bahagian faraj.
  • Vitamin E: Vitamin E merupakan agen antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan pemulihan luka serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
  • Daun Pudina: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan menyegarkan kulit.

Extra Virgin Coconut Oil

  • Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, melindungi tubuh daripada radikal bebas, merawat sel kulit serta membasmi bakteria dan kuman. Minyak kelapa dara juga bertindak menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu yang akan merosakkan kulit.

Shape-Up Lotion

  • Minyak Wintergreen: Minyak Wintergreen yang sering digunakan dalam bidang aromaterapi dan perubatan tradisional ini bersifat antiseptik dan bertindak mencegah kuman, menyembuhkan luka, serta mengatasi masalah kulit.
  • Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
  • Lada Hitam: Di samping membantu melancarkan proses penghadaman, lada hitam yang kaya dengan sifat antioksidan ini juga mampu menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh badan bagi membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal. Malah, ia juga berupaya mengatasi masalah kulit serta menentang jangkitan kuman dan bakteria.
  • Minyak Biji Bunga Matahari: Biji bunga matahari tinggi kandungan vitamin A, C, D dan E yang berupaya merawat masalah jerawat, kegatalan dan ekzema di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran mahupun sinaran UV seterusnya melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, menanggalkan sel kulit mati serta menyingkirkan cela pada kulit agar kulit tubuh anda tampil lebih halus dan bermaya.

Lulur Frangipani

  • Lotus Corniculatus: Tumbuhan berbunga ini sering digunakan dalam rawatan tradisional kerana keupayaannya untuk memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh selain berkesan untuk mengatasi masalah radang pada permukaan kulit anda.
  • Protein Madu: Protein yang telah diekstrak dari madu ini bertindak membina dan memperbaiki tisu kulit di samping mampu menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
  • Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Frangipani: Minyak pati Frangipani sering digunakan di dalam produk kecantikan dan penjagaan diri kerana mempunyai sifat antiradang dan antioksidan sekaligus dapat membantu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit di samping berkesan untuk meredakan tekanan yang dialami.

Herba Mandian Spa

  • Serai Wangi: Ekstrak serai wangi berupaya menyingkirkan toksin serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Tumbuhan yang bersifat antiseptik ini juga mampu mencegah jangkitan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit anda.
  • Daun Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu, senduduk juga berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.
  • Inai: Daun inai juga mampu menyembuhkan luka dan kudis, merawat masalah keputihan, mengatasi penyakit kulit di samping bersifat astringen yang berupaya mengawal pendarahan atau haid yang berlebihan.
  • Daun Limau Purut: Daun limau purut sering digunakan di dalam rawatan aromaterapi kerana berkesan untuk meredakan tekanan selain membantu mengatasi masalah bau badan dan memberikan kesegaran buat tubuh badan anda.

Gamat Emulsion

  • Gamat: Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Kandungan karbohidratnya pula berperanan membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu memelihara meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka, meningkatkan tahap metabolisme tubuh serta menggalakkan pembakaran lemak. Omega-3 yang turut terkandung di dalam gamat pula berfungsi mengurangkan masalah radang.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Di samping itu, madu juga berkesan untuk meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah serangan penyakit.

Minyak Seri Herba

  • Minyak Wintergreen: Minyak Wintergreen yang sering digunakan dalam bidang aromaterapi dan perubatan tradisional ini bersifat antiseptik dan bertindak mencegah kuman, menyembuhkan luka, serta mengatasi masalah kulit.
  • Kapur Barus: Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini terhasil daripada pokok Camphor Laurel serta bersifat antiseptik, antiradang dan berupaya mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kegatalan.
  • Minyak Kayu Putih: Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan.

Jamu Ratu Dara

  • Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu merangsang keinginan (libido) dan tenaga seksual kaum wanita. Di samping itu, Kacip Fatimah turut berupaya memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada darah, saluran darah serta jantung seterusnya membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan anda secara menyeluruh.
  • Habbatus Sauda: Jintan hitam atau Habbatus Sauda berupaya meningkatkan tahap tenaga di samping bertindak menjana tahap metabolisme, memelihara kecantikan kulit, menggalakkan penghasilan susu badan malah membantu memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
  • Akar Gajah Beranak: Tumbuhan yang biasa ditemui di kawasan hutan tanah pamah ini sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk membantu merawat ibu bersalin.
  • Tutup Bumi: Herba ini sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi membantu memelihara sistem penghadaman, mengatasi masalah radang memelihara kecantikan kulit serta menguatkan urat dan saraf selepas bersalin.
  • Kedekai: Buah dari pokok ini berupaya menurunkan tekanan darah tinggi dan paras kolestrol, melancarkan peredaran darah, menjana tahap tenaga serta membantu mengatasi masalah penghadaman.
  • Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diamalkan ibu dalam pantang.
  • Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta meningkatkan ketegangan tisu kulit terutamanya di bahagian intim kaum wanita. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.

Pilis Herba

  • Bonglai Putih: Bonglai merupakan herba yang memainkan peranan penting dalam rawatan tradisional. Selain membantu memulihkan demam dan membuang angin dalam badan, bonglai putih juga mampu merawat wanita selepas bersalin, menstabilkan tekanan darah serta menyingkirkan toksin dan darah kotor.
  • Habbatus Sauda: Jintan hitam atau Habbatus Sauda berupaya meningkatkan tahap tenaga di samping bertindak menjana tahap metabolisme, memelihara kecantikan kulit, menggalakkan penghasilan susu badan malah membantu memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
  • Acorus Calamus: Herba ini kaya dengan asid lemak, serat, fosforus, kalsium, potassium dan magnesium yang membantu menstabilkan tekanan darah, mengukuhkan otot, membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyegarkan tubuh badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel, membantu melambatkan proses penuaan dan mengatasi masalah kulit.
  • Rheum Officinale: Herba ini sering terdapat di China serta sering digunakan dalam rawatan tradisional yang berupaya mengatasi kelesuan, membersihkan usus serta membantu mengatasi masalah sembelit dan masalah perkumuhan. Ia turut mengandungi tannin yang bersifat antioksidan dan astringen yang bukan sesuai untuk membantu menegangkan kulit serta membantu mengatasi masalah kulit, malah berupaya mencegah kerosakan sel seterusnya melindungi tubuh daripada serangan penyakit.
  • Kayu Sepang: Kayu sepang yang bersifat antiseptik ini mampu mempercepatkan pemulihan luka, melancarkan peredaran darah serta meneutralkan toksin dalam tubuh.

Cara Penggunaan Set Bersalin Spa & Ma

Feminine Cleanser

Sapukan cecair Feminine Cleanser pada bahagian intim dan gosok secara perlahan-lahan. Bilas sehingga bersih. Sesuai untuk digunakan ketika mandi.

Extra Virgin Coconut Oil

Minum 1 sudu Extra Virgin Coconut Oil sebanyak 1-2 kali setiap hari. Sesuai untuk diamalkan bermula 6 bulan usia kandungan.

Shape-Up Lotion

Sapukan Shape-Up Lotion pada bahagian yang dikehendaki seperti perut, lengan dan paha. Urut perlahan-lahan selama 2-3 minit. Boleh digunakan sekerap mungkin terutamanya sebelum waktu tidur.

Lulur Frangipani

Basahkan badan dengan air dan gosokkan Lulur Frangipani ke seluruh bahagian tubuh. Bilas sehingga bersih. Kemudian, mandi seperti biasa.

Herba Mandian Spa

Masukkan 1 uncang Herba Mandian Spa ke dalam air (bersamaan 3 gayung). Rebus selama 15-30 minit sehingga mendidih dan mengeluarkan aroma yang mengharumkan. Campurkan air rebusan tadi bersama air biasa sehingga mencapai suhu yang diingini. Jirus ke seluruh badan secara perlahan-lahan agair ia dapat meresap ke seluruh bahagian tubuh. Keringkan uncang yang telah digunakan untuk penggunaan selanjutnya.

Gamat Emulsion

Ambil 1 sudu besar Gamat Emulsion sebanyak 2 kali sehari.

Minyak Seri Herba

Titiskan Minyak Seri Herba pada tapak tangan. Sapukan pada bahagian yang dikehendaki. Urut secara perlahan-lahan.

Jamu Ratu Dara

Ambil 1-2 biji kapsul Jamu Ratu Dara. Amalkan sebanyak 2 kali sehari selepas waktu makan

Tungku Herba

Basahkan tungku dengan sedikit air sehingga ia lembap. Panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan satu lapis kain dan tuam pada bahagian yang bermasalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Pilis Herba

Ambil sedikit Pilis Herba dan sapukan pada bahagian dahi.

Bengkung Ratu

Lipat kain bengkung bermula dari bahagian kiri ke kanan. Lipat kain bengkung dari bahagian kanan ke kiri. Masukkan tali di bahagian kiri bengkung ke lubang jahitan di bahagian kanan dari bawah. Selepas itu masukkan pula tali di bahagian kanan ke bahagian kiri bengkung berselang-seli sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada. Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke lebihan kedua-dua tali tadi ke belakang dengan cara bersilang. Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda kini siap berbengkung

There are no reviews for this product.
Write a review
BadExcellent
Facebook comment

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker